Monday, January 9, 2017

Penjagaan Mata Mary Kay

Assalamualaikum dan good morning. Hi semua....entri kali ni nk share penjagaan mata dari Mary Kay. Mata bengkak, sebam, garis hitam, dan lain2 masalah mata boleh diatasi dengan produk Mary Kay. Jom kita baca details...  

Penjagaan Mata dari Mary Kay



1) TimeWise® Firming Eye Cream


Kulit di sekitar mata mempunyai sedikit kelanjar sebum, kurang kolagen dan elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. Apabila usia seseorang semakin meningkat, pad lemak di bawah dermis mulai kurang, menyebabkan kulit kelihatanlebih nipis dan geronggang di bawah mata. Ciri unik kulit di kawasan mata menyebabkan ia memerlukan perhatian yang lebih.
  • Apabila kulit semakin tua, ia kehilangan lembapan dan menjadi kering serta berliang, lantas melemahkan pertahanan semula jadi yang melindungi anda daripada radikal bebas dan acaman persekitaran.
  • TimeWise® Firming Eye Cream bertindak untuk memberi perlindungan yang lebih kepada kulit halus di kawasan mata sambil mengatasi kerosakan yang terjadi.
    • Kuasa gabungan dwi peptida penguat kolagen bertindak untuk membina/ memulihkan struktur penyokong untuk mencergaskan semula sel supaya kulit lebih tegang. 

    • Ekstrak bahan botani yang menenangkan serta agen pencerahan digunakan untuk merapi dan mempersiapkan kulit supaya dilembapkan bagi menghasilkan nada kulit yang lebih sekata.
  • RAMUAN UTAMA & FUNGSI
    • Palmitoyl Tetrapeptide-3:
      • Asid Amino dan Peptida & terbitannya: Digunakan untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan protein seperti kolagen.
    • Palmitoyl Oligopeptide:
      • Asid Amino dan Peptida & terbitannya: Digunakan untuk mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan protein seperti kolagen.
    • Ekstrak Daun Aloe (Aloe barbadensis extract):
      • Pelembap/Penghidrat: Membantu merapi dan melicinkan kulit dengan menambah, menarik atau mengekalkan lembapan.
      • Agen Penenang: Terkenal dengan ciri menenang dan menenteramkan.


2) TimeWise® Age Fighting Eye Cream


    Kulit di sekitar mata mempunyai sedikit kelenjar sebum dan kurang kolagen serta elastin berbanding dengan kulit di kawasan lain di muka. Apabila manusia semakin meningkat usianya, pad lemak di bawah dermis berkurang, menyebabkan kulit nampak lebih nipis dan geronggang di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di sekitar mata ini memerlukan perhatian tambahan

    • Mencapai penampilan kulit yang lebih lembut, lebih licin di sekitar mata.
    • Sembilan daripada 10 wanita menampakkan kulit yang tampak lebih muda dengan kedutan yang kurang ketara selepas lapan minggu menggunakan produk ini secara berterusan*
    • TimeWise® Age Fighting Eye Cream mengandungi ramuan yang memberikan faedah segera dan jangka panjang untuk mengurangkan tanda penuaan di kawasan mata yang halus. Ia mengandungi:
      • Peptida perangsang kolagen
      • Ramuan pembaur cahaya mencerahkan kulit di bawah mata
      • Perapi kulit semula jadi yang diperoleh daripada sayuran mengikat air untuk menghidratkan dan menggebukan kulit supaya kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin dan lebih lembap.
    • RAMUAN UTAMA & FUNGSI
      • Shea Butter (Butyrospermum parkii)
        • Emolien: Membantu mengekalkan kelembutan, kelicinan dan kehalusan kulit.
      • Palmitoyl Pentapeptide-3:
        • Asid Amino dan Peptida serta terbitannya: Digunakan untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ramuan ini merupakan blok binaan untuk protein seperti kolagen.


    3) Indulge™ Soothing Eye Gel


    Kulit di bahagian mata mengandungi kelenjar lemak yang sedikit dan lapisan kolagen dan elastin yang lebih nipis berbanding bahagian lain pada muka. Apabila usia meningkat, lapisan lemak di bawah dermis akan mengecut, menyebabkan kulit kelihatan lebih tipis dan cengkung di bawah mata. Ciri-ciri unik kulit di bahagian bawah mata ini pastinya memerlukan perhatian yang lebih teliti.

    • Menenang, merawat dan menyegarkan wajah yang kelihatan suram
    • Meningkatkan lembapan kulit sehingga 130%
    • Rumusan ekstrak tumbuhan berkesan mengembalikan tona kulit, menganjalkan dan mengurangkan penampilan bengkak di bawah mata.
    • BAHAN-BAHAN UTAMA & FUNGSINYA
      • Ekstrak teh hijau (Camellia sinensis):
        • Antioksidan: Bahan ini, yang juga dikenali sebagai pemusnah radikal bebas, berkesan melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas dari persekitaran.
          • Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang menenang dan menyegarkan kulit. 
        • Ekstrak timun (Cucumis sativus):
          • Agen Penyegar: Terkenal dengan ciri-ciri yang menenang dan menyegarkan kulit. 
        • Ekstrak bunga ros (Rosa canina):
          • Perapi: Memperbaiki penampilan kulit (contohnya kulit kelihatan lebih lembut, lebih licin).


      LOVE,
      Adrina 019-9673391.
      Mary Kay Beauty Consultant.


      0 comments:

      Post a Comment

       
      Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop